Quantcast
Channel: Interview Pegawai Tadbir Diplomatik – Exam PTD
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26

Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD

$
0
0
Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD

Pegawai yang berkhidmat dalam kerajaan terutamanya pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mempunyai peranan yang amat signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran melalui perkhidmatan cemerlang yang mereka tawarkan.

Kepesatan dan pembangunan negara yang di sumbang oleh pegawai terbaik yang berkhidmat dalam perkhidmatan PTD adalah sesuatu yang amat di titik beratkan oleh kerajaan. Bukan sahaja sebagai pekerja mahir, lebih dari itu sebagai agen kepesatan dan kemakmuran negara.

Oleh itu, pengambilan pegawai yang akan berkhidmat sebagai pegawai Tadbir dan Diplomatik akan melalui beberapa tahap pernilaian. Namun sebelum mana-mana calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau di temuduga, beberapa syarat perlu di penuhi terlebih dahulu.

Rujuk: Proses Lantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Jika anda benar-benar berminat dengan kerjaya PTD, maka anda perlu ketahui tentang Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD. Persediaan awal sedikit sebanyak akan membantu anda untuk menjawat jawatan ini.

MAKLUMAT JAWATAN: GAJI, SYARAT LANTIKAN DAN TUGAS PTD

Deskripsi Tugas PTD:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji: RM2,252.80 (Gaji Minimum)

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Perhatian: Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Di atas sedikit sebanyak yang pihak kami dapat kongsikan mengenai Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD. Semoga anda, calon dan bakal calon PTD Malaysia mendapat sedikit maklumat dalam persediaan menjawat kerjaya pilihan anda.

Baca juga maklumat penting peperiksaan online PTD yang akan berlangsung. Antaranya ialah;

  1. Seksyen A: Pengetahuan AM PTD
  2. Seksyen B: Ujian Matematik PTD
  3. Seksyen C: Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk lebih maklumat sila rujuk, contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang kami kongsikan.

DAPATKAN PANDUAN KHAS TEMUDUGA

Atas permintaan calon yang akan terlibat dengan temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sesi ambilan 2014, pihak kami akan mengedarkan pembelian Rujukan Pantas Temuduga Kerja Kerajaan tidak lama lagi.

Sekiranya anda salah seorang calon terlibat, ambil peluang ini dengan mendapatkan panduan temuduga PTD yang pihak kami hebahkan di bawah.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas temuduga PTD tersebut, anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Seperti biasa hebahan jualan akan dilakukan terus ke email calon-calon yang mendaftar sahaja.

Panduan Temuduga PTD 2014

Panduan Temuduga PTD 2014

BELI PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN EDISI TERKINI

atau, Daftar Sebagai Pembaca dan Dapatkan BONUS di bawah

DAFTAR PEMBACA DAN DAPATKAN BONUS PEMBELIAN

Untuk makluman, pakej rujukan temuduga PTD ini akan memberikan panduan-panduan terkini dan berkesan temuduga PTD. Lengkap juga dengan contoh-contoh soalan temuduga PTD.

BONUS CONTOH SOALAN ESEI PTD 2014

contoh soalan esei ptd

Contoh Soalan Esei PTD

TEMPAH SEKARANG DAN DAPATKAN BONUS INI

Tahukah Anda, Sebelum Temuduga PTD 2014 Ada Sesi ESEI? Usah risau. komponen Contoh Esei yang bernilai RM60 ini akan diberikan PERCUMA jika anda buat pembelian Hari Ini.

Ia merupakan rujukan pantas mempersiapkan anda menghadapi sesi temuduga nanti.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui link langganan di atas. Sila masukkan email terkini anda dan sahkan pendaftaran dengan menyemak email yang dihantar kepada anda.

The post Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD appeared first on Exam PTD.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26