Tahu tak Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) sesi ambilan terkini hanya mempunyai 3 Seksyen pernilaian berbeza. Di bawah merupakan 3 Seksyen utama dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
- Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD
- Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris PTD
Setiap Seksyen yang berbeza akan dicorakkan dengan pelbagai jenis soalan yang bakal menguji kemahiran, kefahaman dan daya pemikiran calon.
CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK PTD
Di bawah sedikit maklumat dan beberapa Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik M41). Contoh soalan Matematik PTD di bawah bakal memberi gambaran awal kepada calon.
Soalan matematik PTD akan diajukan dalam Seksyen B. Pastikan anda memberi perhatian kepada konsep matematik mudah di mana kebanyakan soalan bertaraf SPM akan menguji anda. Tahap penilaian Seskyen Matematik sesuai dengan tugas PTD nanti.
SEKSYEN B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Soalan Matematik PTD bakal mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
CONTOH SOALAN MATEMATIK PTD
Di bawah kami sertakan beberapa contoh soalan sebenar Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD yang ditanya dalam peperiksaan lepas untuk rujukan anda.
Lihat contoh soalan dan cuba jawab tanpa melihat jawapan dahulu. Dapat tak anda mencari jawapannya.
- Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?
A) 500
B) 550
C) 600
D) 650
- Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
- Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
4. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…
A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30
5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangka itu dalam unit meter padu?
A) 191.03
B) 192. 00
C) 193. 00
D) 194.14
DOWNLOAD CONTOH SOALAN MATEMATIK PTD LENGKAP
Nak lagi contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD? Ok, Anda boleh download Contoh Soalan Matematik PTD lengkap yang disediakan untuk anda di bawah. Cuba jawab dan selesaikan soalan-soalan berikut.
INGINKAN CONTOH SOALAN MATEMATIK PTD TAHUN 2014, 2015, 2016 & 2017
Anda inginkan contoh soalan Matematik SPA PTD tahun 2014, 2015, 2016 & 2017? Anda boleh dapatkan contoh soalan Matematik PTD lepas dengan daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.
Pihak kami akan hantar contoh soalan Matematik PTD lepas terus ke email anda nanti. Selain dari rujukan yang bakal pihak kami keluarkan. Anda boleh terus daftar melalui pautan di bawah.
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN
The post Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD appeared first on Exam PTD.